Thursday, March 29, 2012

     Tak siapa pun menduga yang kita akan terperangkap semula dalam situasi ini setelah bertahun lamanye melawan perasaan. Segala apa yang berlaku tidak dirancang dan bukan kehendak kau dan juga aku....

    Apakah Tuhan mahu menguji kita atau memang benar kata orang, cinta pandang pertama adalah kasih yang sejati. Biarpun begitu aku sedar yang memisahkan kita hanyalah kerana tidak ada jodoh....

    Aku sebenarnya tidak mahu mengimbas kembali sejarah cinta kita yang lama itu. Jika diikutkan hati mahu rasanya aku memusingkan  perjalanan jam agar waktu yang berlalu dapat diputarkan semula....

    Tetapi sebagai hamba Tuhan yang akur pada segala yang tersurat, aku menerima hakikat bahawa kita tidak boleh hidup bersama. Apapun yang kita kesalkan masa yang telah berlalu itu tak akan kembali lagi....

    Tidak ada gunanya mencari kesilapan dan menunding jari mencari siapa yang bersalah. Kita sendiri faham kenapa perpisahan itu berlaku. Bagaimana dan kenapa ? jangan dijadikan alasan untuk menyesali keputusan yang kita ambil....

    Terimalah ia sebagai ujian dan ambil iktibar di atas segala kekusutan yang telah merenggangkan kasih sayang kita sampai detik ini....

    Terima kasih kerana memberi ruang di sudut hatimu untuku menumpang kasih. Sampai sekarang aku masih kabur, benarkah "cinta itu tak kenal siapa"....

No comments:

Post a Comment