Asalamualaikum
dan salam sejahtera
Berikan sedikit masa anda untuk membaca artikel ini...
Benarkan
saya untuk berceloteh sedikit pasal laman social Facebook ini .Hari ini kita
bincang kebaikkan dan keburukan Facebook .Seperti diperkatakan orang ramai
Facebook atau singkatannya FB memang banyak keburukan dan kebaikannya . Dalam
entri ni saya cerita serba sedikit berkaitannya iaitu kebaikan dan keburukan
facebook . Kemungkinan tuan tuan dan puan puan lebih tahu … akan tetapi saya
buat artikel ni sekira kira asas pengetahuan untuk kita bersama . Ibarat
sebilah pisau … jika kita gunakan potong sayur untuk dimasak ..yang itu bagus
.. Tetapi jika kita gunakan untuk mengugut dan menyamun .. memang tak bagus .
Ok lah... kita mulai dari keburukan berfacebook dulu .. sebab
jika hilang keruh … jernih mendatang .....kan
Keburukan Facebook
:
FB membuatkan kita lalai
tanggungjawap kita terhadap Allah .. seperti terlupa dah dekat nak habis waktu
solat …masih rancak berfacebook . Begitu juga lalai kita dengan tanggungjawap
dalam rumahtangga .. yang perempuannya...hingga kain baju yang perlu di basuh
menimbun dalam rumah tapi kita buat tak tahu je . Yang lelaki pula … beri
berbagai alasan tak mau pi kerja ( jika kerja sendiri).. sebab seronok dengan
FB . Tambah tambah pula dia tahan jerat … mengena saja .. iaitu wanita wanita
cantik dok respon … apa yang dia buat dekat wall dia . Game pun di dalam
facebook pun melalaikan juga . Memang la game baik untuk kecergasan minda …
tapi jika sampai melalaikan dan tak peduli mak ayah suruh pi kedai atau buat
sesuatu untuk mereka … tak baik juga macam tu . Buat sesuatu yang terbaik ..
untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat . Melalai kan bukan sekadar
berfacebook …. hal lain pun banyak juga melalaikan kita tapi dah buat
cerita Facebook melalaikan … kita cerita la kisah nya iaitu berkaitan facebook
yang melalaikan dalam bab ini.
Adakalanya ber facebook ni membuat kita tak ber amanah ketika
bekerja .. contoh berfacebook ketika bekerja . Kecuali lah boss kita merestui
kita berfacebook jika ada masa terluang daripada kita mengumpat orang . Ini
untuk swasta saja . Jika kita bekerja dengan kerajaan … langsung tak boleh
berfacebook masa bekerja .. sebab rakyat bayar untuk pekerjaan kamu tu . Jika
pekerjaan kamu melibat kamu terpaksa berfacebook .. yang tu lain cerita . La ni
penjaga tandas awam kuat berfacebook … letak atas meja 10 sen pun dia tak
peduli kot.Tapi tak pa jugak.. sebab dia tokey hehehe....
Meletak gambar gambar lucah dan wanita tidak menutup aurat ..
kita seorang Muslim .. hati hatilah.. kelak kita disuruh pertanggunjawapkan
dengan apa yang kita lakukan di dunia ini dihadapan Allahu Taala .Ada orang
letak gambar ..beliau sedang mencium kekasihnya . Tak perlu kita rasa glamour di
facebook … hanya perasaan kita saja … yang beranggapan kita telah glamour ..
Jika tak percaya cuba buat status begini “” Sesiapa tak tanda like pada
gambar profil saya.. saya akan remove dia “” Kamu akan lihat hanya beberapa
orang saja tanda like disitu.. mungkin hanya rakan sekerja kamu saja dan rakan
terdekat di facebook saja. Jika semua respon terhadap kita… tak terlayan
dibuatnya .
Yang menipu pun banyak juga dalam facebook ni . Dia guna kan
gambar wanita cantik .. dan nak kenakan kita walhal dia tu lelaki. Bila orang
lelaki nampak gambar profil wanita cantik … berebut nak add ..selalunya gambar
artis Indonesia yang orang sebelah sini tak kenal. Sehari 30 orang nak jadikan
rakan facebook .. jadi mudah la dia. Tapi la ni orang semua dah cerdik .. sebab
mereka baca banyak artikel di website .. dan salahsatunya artikel ni “”
kebaikan dan keburukan Facebook ” . Macamana cara mereka kenakan kita?
Jawapnya.. macam macam.
Kisah dia dilamun cinta pun di ceritakan di Facebook . Macam la
dia sorang je ada perasaan cinta . Dia rasa kawan kawan dia dekat facebook
seronok sangat dengan kisah dia tu . Walhal satu episod yang memualkan . Saya
pun ada juga kisah tu … tapi tak perlu orang tahu ( gurau je ).
Di facebook ramai juga saudara kita buat bisnes . Bisnes di
facebook bagus bukannya tak bagus tetapi perlu jujur. Jual barang sebagaimana
kita iklan kan. Jangan sampai mengecewakan saudara kamu. Nampak cantik kain
baju tapi bila hantar (post) koyak sana sini. Kes ni kecil je. Perlu diingatkan
apa yang kita mahu maka itulah yang kita hendak gunakan… jangan terlalu boros …
hingga semua yang member syor atau iklankan ..semua kita nak. Kita suka kawan
buat bisnes di facebook … tetapi kita suka juga menasihati rakan kita yang
berminat dengan produk bisnes difacebook .
Fitnah di facebook pun banyak . Tapi dah jadi kebiasaan …
sesiapa memfitnah di facebook dia akan di fitnah kembali. Ada kes tersalahfaham
mesej yang rakan nak sampaikan.
Kebaikan Berfacebook :
Menyebarkan dakwah bagus juga di facebook ni . Orang mudah
menerimanya jika kena cara . Sebelum kita buat status seelok eloknya kita tahu
menjawap persoalan yang diajukan ataupun kita sediakan tempat rujukan. Jika ada
ustaz atau guru yang berkebolehan yang mengajar di surau tempat kita … cuba
kita ambil video kuliahnya dan sebarkan di FB. Lagi ramai ustaz di FB lagi
bagus. Memang Facebook menghad hanya video bawah 20 minit saja boleh upload.
Kita rakam 20 minit kemudian rakam pula 20 minit … buat 3 klip maka dapat lah
sejam. Dan tak perlu handycam … camera handphone pun boleh . Sebaik baik nya
ustaz yang mengajar tu kurang buat lawak . Sebab ilmu agama bukan bahan ketawa
. Sepatutnya ilmu agama membuatkan kita berasa gementar hati dan takut dengan
Allah SWT . Baru kita boleh berubah.. Insyaallah .
Dengan ber facebook juga dapat menyambung saliturahim .
Adakalanya adik beradik lama dah terpisah dapat bersua kembali apabila bertemu
di facebook . Facebook juga dapat menghubungkan seseorang yang jauh dimata tapi
dekat dihati seperti anak anak dan ibubapa . Jika anak kita belajar disesuatu
tempat yang jauh jadi dekat bila kita ber facebook dengan mereka . Sahabat yang
lama bertemu kembali di facebook .
Dapat buat bisnes di facebook . Barangkali boleh membantu
keluarga kita yang kesempitan wang . Sebenarnya tak perlu modal pun bisnes
online ni . Kita hanya berbekalkan sebuah kamera dan ambil gambar di kedai
kenalan kita dan kita promote di facebook.
Dengan facebook bakat menulis boleh di asah . Di samping itu
boleh juga kita belajar bersosial dengan betul . Ada jenis manusia hidupnya
selama ini penuh dengan maki hamun terhadap kekawan .. tetapi bila berfacebook
dia kian beradap dan sopan santun . Orang yang baru berfacebook selalu lebih
cenderong mengkritik tanpa usul periksa … konon nya hanya dia saja yang betul
dan cuba mempengaruhi orang lain mengikut pendapatnya . Dan juga orang yang
baru berfacebook suka menganggu orang lain dengan berbagai kerenah untuk
menarik minat orang lain terhadap nya . Tapi kita tak kisah sangat … lama
kelamaan teradab lah dia .
Selain daripada itu dapat juga tempek untuk promosi blog atau
website di facebook kita.Maklum la… kita buat elok elok tak kan tiada orang
lalu kat website kita . Sehabis kurangnya dapat juga kita buat penambahbaikan
blog atau laman web kita .
Sebenarnya ada banyak lagi kebaikan dan keburukan facebook ni ..
yang ada dalam artikel ini hanya sedikit saja.
hasil
nukilan blackpearl657@gmail.com
sedikit
sebanyak ada copy paste jer dari blog2 hehehe
Wallahu
alam. Wasallam
No comments:
Post a Comment